Select Page

Bagi warga Bangi terutama peniaga yang mencari sumber pembiayaan yang murah, berita baik untuk anda kerana BSN Kasih menawarkan pembiayaan sehingga RM50 000 bagi yang layak

Ciri-ciri

  • Tujuan Pinjaman: Modal Kerja, Pembelian Aset dan Pengubahsuaian
  • Amaun Pinjaman:
    • Minima: RM5,000 
    • Maksimum: RM50,000 
  • Tempoh Pinjaman: 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium (rehat bayaran) bagi pembayaran ansuran bulanan

BSN Micro Kasih ialah satu kemudahan pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.

KELAYAKAN

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liability Terhad / Syarikat Sdn. Bhd) dan terbuka kepada semua jenis sektor perniagaan.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

KADAR

  • 4.00% setahun

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah (jika berkenaan). Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.

Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini. 

Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.

Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

InsyaAllah dalam waktu terdekat pihak Koperasi Bangi akan membuat taklimat kepada warga Bangi yang berminat atau anda boleh daftar sendiri atas talian dengan klik link ini