Select Page

Ada yang tanya aku bufet sarapan pagi RM15.90 kat Lake House Restaurant Bangi tu ada berapa menu.

Kalau ikutkan apa yang diberitahu staf kat sana, ada lebih kurang 30 menu yang dirotate setiap hari.

breakfast bangi

menu sedap itik salai masthar

breakfast bangi

Antara menu2 yang aku cuba haritu antaranya :

Nasi Lemak
Nasi Goreng
Mi Goreng
Live Cooking Roti Canai
Kaunter Mi Kari
Kaunter Mi Sup
Live Cooking Roti Telur
Ayam Goreng Merah
Aneka jenis puding & kek
Live cooking Char Kuey Teow
Kaunter Bubur Nasi
Mushroom Soup
Kaunter roti bakar
Sosej
Cucur Sayur
Kaunter salad & buah buahan
Air panas & air kosong

breakfast bangi

gym muslimah fit & well centre

breakfast bangi

Kalau korang nak request air lain boleh order alakat kat kaunter. Ada ruang berhawa dingin dan open air.

Mesra pengguna wheel chair, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas. Ada kemudahan tandas dan surau.

HARGA WEEKDAYS
Dewasa RM15.90
Kanak2 RM12.90
HARGA WEEKEND
Dewasa RM17.90
Kanak2 RM12.90
*Kanak2 bawah 5 tahun PERCUMA

breakfast bangi

kerap lapar & punca cepat lapar

breakfast bangi

Lokasi Kedai:

Lake House Restaurant Bangi
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
(Pin point sebelah Mc Donald’s Bangi Seksyen 9)

 

Waktu operasi (bufet sarapan)
Buka setiap hari
Dari 8AM hingga 10.30AM