Actually first time aku try Croffles ni dan aku baru tau yang ia merupakan salah satu street food menu yang diperkenalkan di Korea. Tapi aku diberitahu yang versi korea lebih manis
Rupanya seakan-akan waffles tapi tekstur dia rapuh kerana ada banyak lapisan seperti croissant. Diselaputi pelbagai jenis manisan seperti coklat, biscoff, coffee, strawberry dan banyak lagi. Sedap buat kudapan2 petang macam ni. Kena plak kupi2 ke kan. Perghh layan bhai. Seyes memang sedap bagi mereka yang gemarkan dessert ringan macam ni
Berkonsepkan boutique cafe, BonBon Treats ni bukan hanya mengetengahkan menu korea ni je malah korang boleh gak pekena variasi coffee dan frappe dia. Ada sandwich dan pasta gak
So kalau korang nak order untuk delivery boleh lah wasap kak Marliana Redzuan ye http://www.wasap.my/+601128145436/naksmoothie
Lokasi: Bonbon and Treats (Tapak lama Jajan Borong Bangi SS3)
Maps: https://maps.app.goo.gl/BLHqRMc6owUnbiQZ6
#BotakMakan #foodreview #kitasupportkita