Select Page

Nak tahu tak port asam pedas dan patin tempoyak paling syok?

Kot la korang cari port asam pedas atau patin tempoyak memalam kan, boleh la try kat restoran Lubuk ni. Lokasi kat Saujana Impian, Kajang.
Bestnya kat sini korang boleh order asam pedas dan patin tempoyak sepanjang hari. Which mean bukan untuk menu lunch je tau. Kadang2 ada je antara kita yang tetiba teringin nak cari nasi berlauk malam2, nak makan kuah tempoyak ke, haa korang boleh makan kat sini 😁👍

Instead bukan 1 jenis asam pedas je ada kat sini tau. Ada 13 jenis kalau aku tak silap. Serius banyak. Tapi yang aku pernah rasa 4 jenis je. Asam pedas Melaka,  Johor dan juga jenis rebus. Cuma aku belum jumpa lagi orang buat jenis cili api (warna kuning kuahnya).

Kat bawah aku attached list menu yang ada dijual kat sini.

port laksa sg tangkas

Tapi aku paling suka dia punya Patin Tempoyak Claypot. Sebab patin tempoyak dia versi Kuala. Rasa kuahnya manis2 sikit, tak macam patin tempoyak temerloh (masam dan pedas) yang biasa aku makan. Mungkin sebab aku jarang jumpa versi ni kot, tu yang sampai menghirup kuah dia tu 😂

By the way selain dua jenis makanan yang aku sebut tadi, belah malam kat sana ada gak menu2 western. Biasanya western2 ni memang menu untuk anak2 la. Kira korang ada option lain untuk anak2 korang kan 😁👍

Apa2 korang boleh order delivery thru Foodpanda, Grabfood dan Lalamove kalau tak silap aku. So untuk sebarang pesanan korang boleh wasap puan Azua Saffaa ye 👇

www.wasap.my/60196986998/nakorder

Lokasi kedai:

Lubuk Asam Pedas Claypot
No.2 Jalan Impian Murni 1/4,
Saujana Impian 43000 Kajang,
Selangor

 

Google Maps

 

Waktu operasi
ISNIN – SABTU (12TGH- 11PM)
AHAD CUTI