Select Page

Sebelum PKP dulu aku suka makan Laksa Sarawak kat Hotel Aloft Kuala Lumpur (sebab dekat ngan ofis aku). Ni bila start wfh ni tak tau nak cari kat mana dah haha 😂

Then baru2 ni wife aku bawak balik Laksa Sarawak dari Dapur Sabak Salai SS7 Bangi.

Rasa macam lepas gian plak haha. Nak tau sedap ke tak Laksa Sarawak ni, korang kena rasa kuah dia. Kalau kuah pekat, portion plak banyak perghh memang chantek lah.

Ada ayam carik, taugeh, sambal belacan, udang 3 ekor dan limau kasturi. Then dia punya mee tu memang dorang import terus dari Sarawak. Memang link teroks la ngan tekak aku 😍👍

So kalau korang rindu nak pekena Laksa Sarawak, boleh cuba pekena kat Dapur Sabak Salai SS7 Bangi ye.

Harga RM9/pax. Dorang pun ada buat delivery tau 😍👇

https://bit.ly/357l6nk

Lokasi: DAPUR SABAK SALAI, No 41, Jalan 7/7CSeksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/Evo5kayYs6eLD7DN9#BotakMakan#foodreview#kitasupportkita