Select Page

Dorang yang pernah pergi la kata kedai emas ni antara paling murah di Bangi. Aku tak tau sebab aku jarang masuk kedai emas haha 😂

Biasanya aku bawa mak aku pegi kedai emas kat Metro Kajang tu je.

By the way nice vibe bila masuk kedai ni. Sangat selesa, luas dan bersih. Milik bumiputera muslim. Masa aku pergi Ahad haritu, harga emas RM253/g. Tapi time weekend dorang selalu buat promo. So harga emas masa aku pegi hari tu drop jadi RM250/g.

port asam pedas sedap area Bangi Kajang

Aku just share info2 ngan korang la ye apa yang best pasal kedai emas ni.

👉 Diskaun RM3/g dari harga emas semasa untuk Aafiyah MemberCard Lover’s
👉 Free Upah kecuali emas bawah 3g
👉 Extra diskaun lagi untuk birthday of the month
👉 Dapat freegift lagi
👉 Purchase with Purchase dan dapatkan pendant pada harga RM150 sahaja
👉 Ada banyak promo seperti Happy Hour, Limited Time Only dan Promo Lock Live dengan discount lagi

Korang boleh beli secara walk in, online shopping atau lock live media sosial. Katanya postage ke seluruh Malaysia pun ada disediakan.

8 penyebab utama cepat penat

Kot la korang nak cari cincin tunang atau gelang hantaran ke kan? Sebelum raya aku nak kena datang balik ni. Jasmeen dah lock gelang Chanel tu nak padankan ngan cincin Chanel dia 😂

Masakkkk 😅

Lokasi kedai:

No. 1- 01, 01,
Jln Medan Pusat Bandar 7, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

 

Google Maps:

 

Waktu operasi:
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari 10.30AM hingga 6PM

 

Group Telegram: