Haa ada yang tercari-cari tak tempat percutian menarik di kawasan Hulu Langat? Mesti ramai yang tercari-cari tempat penginapan terkini lepas dah lama terperap dekat rumah kan?
Walaupun dah lama kerajaan membenarkan aktiviti perlancongan selepas tamat musim PKP, PKPB dan PKPD yang lepas namun, pasti ramai juga yang masih risau untuk keluar bercuti kan?
Iyalah, kalau keluar sahaja dari rumah, pasti risiko kesihatan juga akan meningkat. Tapi, jangan risau!
Sebenarnya ada banyak tempat menarik yang boleh anda semua kunjungi dalam keadaan bebas tapi penuh privasi. Antaranya termasuklah kawasan percutian di sekitar Hulu Langat, Selangor.
Hulu Langat memang sangat terkenal dengan kawasan peranginan yang sangat menenangkan yang jauh dari kesibukan kota. Kebanyakan mereka yang ingin berehat dari aktiviti harian akan mencari kawasan percutian dengan suasana alam semula jadi.
Jadi, ini antara tempat untuk anda yang tercari-cari tempat percutian menarik di Hulu Langat, Selangor:-
1. Skytrex, Sungai Congkak
Haa untuk sesiapa yang sukakan aktiviti lasak sambil nikmati permandangan alam semula jadi, meh pakat ramai-ramai merancang percutian di Skytrex, Sungai Congkak. Apa yang menarik dekat sini, anda boleh beriadah tanpa perlu dedahkan wajah secara “direct” pada terikan matahari disebabkan aktiviti Skytrex ni terletak dalam kawasan hutan berdekatan air terjun. Menarik kan?
Macam-macam jenis aktiviti yang anda boleh lakukan dengan pilihan 2 pakej berbeza. Harga yang dikenakan juga berbeza mengikut jenis pakej yang anda ambil tau. Ini antara pakej yang masih available sehingga kini:-
- River Thrill (intermediate)
- Rapid Extreme (advanced)
Untuk mendapatkan harga yang lebih murah dan berbaloi, anda boleh membeli tiket secara dalam talian berbanding secara terus.
Selain itu, pelbagai kemudahan lain juga turut disediakan di sini seperti campsite, lokasi berkelah, tandas, surau dan catering.
Lokasi:
Skytrex, Sg Congkak
Batu 20, 1/2,
Jalan Sungai Congkak,
Kampung Padang,
Hulu Langat, Selangor.
2. Two Sungai Residence, Hulu Langat
Villa ini sesuai untuk mereka yang ingin meluangkan masa dengan ramai kenalan terdekat, namun berasingan dengan individu awam. Villa santai yang terletak dalam kawasan alam semula jadi ini mempunyai 8 bilik dan 7 bilik air yang boleh memuatkan sehingga hampir 20 orang. Jadi, sesuai sangat untuk anda yang masih mencari lokasi bagi sambutan Hari Keluarga.
Selain boleh terus akses kepada sungai dan jeram berdekatan, kolam renang pun ada tau dekat sini! Jadi, boleh sediakan terus senarai aktiviti yang nak dibuat bersama nanti. Nak makan atau bbq tepi sungai pun layan.
Lokasi:
Two Sungai Residence,
Jalan Sungai Congkak,
Kampung Padang,
43100 Hulu Langat, Selangor
3. Daun Retreats
Daun Retreats adalah destinasi yang perlu anda tuju jika hendak lari dari masalah dan kesibukan kota. Terletak tidak begitu jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, ia juga merupakan salah satu tarikan umum oleh pengunjung yang berpusu-pusu datang ke Hulu Langat.
Dekorasi binaannya yang cukup indah di tambah suasana sekelilingnya yang penuh kedamaian , pasti membuatkan anda jatuh cinta sepanjang hari di sini. Daun Retreats menyediakan 3 jenis penginapan yang selesa mengikut bajet anda seperti:-
- Gerimis Senja Villa
- Kasturi Cabin
- Norehan’s Place
Lokasi:
Daun Retreats
Jalan Pansoon,
Kampung Padang,
43100 Hulu Langat, Selangor
4. Moonkissed By The River
Trend ‘glamping’ atau ‘glamour camping’ sekarang sudah makin popular terutama di kalangan orang muda. Sambil menikmati keindahan malam ditemani cahaya bulan, unggun api dan petikan gitar, pastinya masa anda bersama yang tersayang menjadi sangat berharga.
Ianya juga sangat sesuai untuk anda yang teringin bermalam di dalam khemah tetapi tidak mempunyai khemah atau tidak pandai untuk pacak khemah sendiri.
Lokasi:
Moon Kiss Campsite,
Bt 14 1/2, Jalan Sungai Semungkis, 43100 Hulu Langat, Selangor.
5. Bangi Wonderland
Antara lain yang sesuai untuk dikunjungi adalah Bangi Wonderland yang terletak berhampiran Bangi Avenue dan Bandar Saujana Putra. Kami boleh katakan aktiviti gelongsor yang ada di sini juga sangat menarik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Tiada had limit yang dikenakan bagi setiap aktiviti yang ada. Jika anak anda merupakan peminat aktiviti air, Bangi Wonderland adalah tempat yang sangat tepat. Fasiliti yang ada juga sangat bersih dan terkawal. Surau yang besar juga amat memudahkan
Warga Selangor tak perlu lagi bergerak jauh hingga ke Melaka Wonderland semata-mata untuk bermain pelbagai aktiviti air. Jangan risau, nak karaoke punĀ boleh tau di sini jika anda maklumkan terus waktu booking.
Lokasi:
Bangi Wonderland Theme Park & Resort
No. 2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue, 43000 Kajang, Selangor.
6. Dedaun Langat Resort
Antara tarikan utama resort ini termasuklah kolam renangnya yang diibaratkan seperti taman tema air mini. Jika diperhatikan, selalunya pihak resort akan menyediakan kolam khas untuk kanak kanak atau ibu bapa. Namun di sini, kolam yang disediakan adalah mengikut peringkat umur. Memang seronok kanak-kanak yang datang ke sini bersama ahli keluarga.
Bukan itu sahaja, dekorasi bangunan yang eksklusif juga menjadikannya pilihan penginapan utama bagi menyambut Hari Keluarga.
Lokasi:
Dedaun Langat Resort
PT 86, Kampung Orang Asli,
43100 Hulu Langat, Selangor
7. Rumah Kebun Hulu Langat
Jika anda masih lagi tercari-cari tempat penginapan yang sesuai untuk dijadikan aktiviti ‘reunion’ bersama keluarga dan sahabat handai, Rumah Kebun Hulu Langat adalah pilihan yang tepat. Rumah Kebun ini menawarkan ‘private space’ untuk anda meluangkan masa bersama yang tersayang dengan bebas tanpa percampuran individu awam.
Keluasan villa eksklusif ini dapat menampung sehingga lebih 16 orang dan mempunyai beberapa fasiliti menarik seperti kolam renang dan juga ruangan barbeque.
Lokasi:
Rumah Kebun
Kg Sg Semungkis,
Batu 14 1/2
Hulu Langat, Selangor.
8. Ajlaa Village Resort
Ajlaa Village Resort ni lengkap dengan pelbagai jenis bilik atau penginapan mengikut kategori seperti:
- Floating Chalet
- Banglo
- Family Room
- Dorm
Selain barbeque dan aktiviti bermain air, anda juga berkesempatan untuk mengumpul buah-buahan yang ditanam di sekitar resort dan memancing ikan air tawar di tasik berhampiran resort ini. Jangan risau tentang alat memancing sebab resort ni dah sediakan lengkap cuma anda perlu buat bayaran tambahan untuk sewa.
Lokasi:
Ajlaa Village Resort Camp
KM22 Sungai Lepoh,
Kampung Kuala,
43100 Hulu Langat, Selangor
Jadi, ada yang pernah pergi tak salah satu tempat percutian menarik di hulu langat yang kami kongsi dekat atas ni? Kalau ada, korang boleh komen feedback korang dekat bawah artikel ni okay?
Antara tempat lain yang boleh dikunjungi: 8 Hotel Popular di Bangi