Select Page

Setiap orang pasti ada permainan tradisional kegemaran yang seronok dan menggamit memori.

Inilah permainan yang membantu meningkatkan kemesraan antara kaum keluarga, kanak-kanak dan kawan-kawan yang sering dimainkan di halaman rumah mahupun taman permainan.

Walaupun ia tidak secanggih permainan gajet anak-anak pada masa kini, tetapi ia tetap menghiburkan dan menyeronokkan serta menjadi kenangan terindah buat kita, bukan?

 

1. Tingting

Ini adalah antara permainan yang sering dimainkan pada zaman dulu kala. Dengan hanya bergerak menggunakan satu kaki ke petak-petak yang telah dipilih, ia akan membantu menguatkan daya tahan otot si pemain. Selain itu, permainan yang dianggap menghiburkan ini akan membantu ketahanan anak-anak dalam menyeimbangkan tubuh badan mereka.

 

2. Lompat getah

Permainan lompat getah memerlukan getah yang telah disambungkan menjadi satu tali yang panjang. Iya sering dimainkan di kawasan laman rumah yang memerlukan tiga hingga lima orang pemain. Permainan ini dapat melatih kemahiran melompat serta cara melompat serta yang sempurna dalam memastikan setiap lompatan tidak terkena pada tali getah.

Setiap aras rantaian getah akan sentiasa dinaikkan hingga ke paras lutut, pinggang, bahu dan yang terakhir satu jengkal dari aras kepala. Pemain perlu melepasi kesemua tahap itu untuk memenangi permainan ini. Jika anda nak tahu, permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan berbanding lelaki.

 

3. Galah panjang

Galah panjang adalah sejenis permainan yang memerlukan anda sebagai pemain untuk melintasi setiap halangan. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan bilangannya seramai sepuluh orang (boleh berubah-ubah). Secara tambahan, permainan ini dapat membantu meningkatkan kecekapan dan teknik anda dalam melepasi setiap halangan yang tersedia.

 

4. Congkak

Congkak adalah antara permainan yang sering dimainkan tanpa mengira umur dan jantina. Permainan ini memerlukan papan congkak serta buahnya iaitu guli. Dengan mempunyai 7 lubang bagi setiap pemain, anda perlu mengumpul buah dan bergilir untuk bermain sehingga salah satu daripada pemain mempunyai jumlah buah yang lebih banyak.

Kalau anda mencari aktiviti sesuai yang dapat dimainkan bersama anak-anak pada masa lapang, boleh lah mencuba permainan ini.

gudang perabot murah jalan reko

5. Baling selipar

Inilah permainan popular yang sering sahaja dimainkan di hadapan masjid oleh anak-anak yang sedang menunggu ibu bapanya selesai solat. Pasti ada di antara anda yang sering mengalami situasi ini, kan?

 

6. Ceper

Ceper adalah salah satu permainan tradisional yang sering dimainkan oleh kanak-kanak menggunakan penutup botol minuman. Pemain perlu menjetik penutup botol supaya berlanggar dengan penutup lain yang telah dipilih oleh pihak lawan.

 

7. Sorok sorok

Permainan sorok sorok ini sangat popular dalam kalangan anak kecil dan juga orang dewasa. Ada kalanya, ia dimainkan juga oleh para ibu bapa yang ingin berhibur bersama anak-anak. Pemain perlu mencari kesemua ahli yang telah menyorok dan individu yang pertama kali dijumpa akan mengganti menjadi pemain.

 

8. Gasing

Selain bermain pada masa lapang, permainan ini juga pernah menjadi pertandingan yang dijayakan antara komuniti yang melibatkan pelbagai kaum dan bangsa.

Secara ringkasnya, permainan nostalgia ini mampu mengimbau kembali kehidupan masa silam kita. Ada kalanya, tersenyum-senyum seorang diri mengingati kembali kenangan masa lampau. Namun, sayang seribu kali sayang permainan-permainan inijarang dimainkan pada masa kini dan telah mengubah populariti permainan-permainan tersebut.