Select Page

“Weh nak makan mana eh?”
Soalan yang selalu sangat ditanya tapi haa sampai ke sudah tak ada jawapannya.
Sudahnya, masing-masing terpaksa google je mana-mana ‘tempat makan menarik’ yang ada.
Betul tak guys?
Siapa yang setuju?

Yang menjadi masalah sekarang ni, bila kita google, yang keluar dalam senarai carian semuanya kedai-kedai makan yang mewah dan tinggi harganya. So, dia jadi susah untuk orang yang cari tempat makan yang murah-murah macam student- student ni.

Admin sendiri pun jarang sangat jumpa mana-mana website yang senaraikan tempat makan yang khas untuk peniaga-peniaga stall kecil ni.

Sedangkan kalau kita perhatikan, makanan yang tersedia dekat stall kecil ni lah yang kebanyakaannya memenuhi cita rasa. Harga pun murah, rasa pun berbaloi-baloi sangat. Tapi apa-apa pun kami tak cakap yang kedai lain tak tersenarai selain gerai-gerai dalam artikel ni tak bagus ye.

Setiap kedai atau perniagaan tu sudah tertentu ada kelebihan yang tersendiri, cuma kali ni, kami di BBBC nak berkongsi dengan anda 5 lokasi street food yang terbaik di Bangi.

Yang menariknya dekat Bangi ni, tak perlu susah-susah korang nak bergerak jauh untuk dapatkan macam-macam jenis makanan. Ini kerana semua pilihan makanan yang tersedia akan menjanjikan kelazatan yang diharapkan, hanya perlu tanya selera diri sahaja.

1. Flea Market

Macam-macam jenis makanan ada dekat sini, korang cakap je apa teringin dimakan, confirm ada dekat sana. Dari hidangan nasi, char kuey teow, lamb grill, makanan ringan termasuklah jenis minuman, semuanya dijual dengan harga yang sangat berbaloi. Lagipun, macam-macam kedai viral yang ada dekat sana, termasuklah Syukor Burger, Spagethi Italy Melayu, Dendeng Bakar dan juga Kebab Ayub.

Bukan itu je, kumpulan busker pun ada tau untuk menghiburkan korang sementara menikmati hidangan lazat tu. Nak request untuk nyanyi pun boleh, tak ada masalah. Flea Market ni memang sentiasa fullhouse, tambah-tambah lagi bila hujung minggu. Maklumlah, semua orang nak luangkan masa dengan yang tersayang sambil menikmati hidangan lazat dan suasana yang tenang waktu malam.

2. Italy Teras Jernang

Kawasan yang mungkin tidak dikenali orang luar tapi tempat yang agak popular dalam kalangan orang Bangi. Mana tidaknya, ini lah  kawasan tumpuan orang yang bekerja di sekitar Bangi. Hampir hari-hari kawasan ini penuh dengan kenderaan yang bersesak-sesak untuk datang dan pulang dari tempat kerja.

Kalau diperhatikan sebenarnya ada banyak gerai-gerai makanan kecil sekitar situ yang menyediakan pelbagai jenis makanan Melayu. Antaranya termasuklah Italy Melayu, Teras Jernang.

Haa yang istimewanya kedai ini kalau korang nak tahu, ia berkonsepkan gerai yang ada macam-macam jenis brand makanan sebagai contoh, Muiz Hot Chicken, Syukor Burger, Kopi Tanak dan juga Spagethi Italy Melayu. Keempat-empat brand ni ada rasanya dan peminat yang tersendiri.

Pernah jugak viral kedai Italy Melayu ni dekat tiktok yang buatkan diorang terpaksa letakkan menu yang viral tu dalam senarai menu tetap kedai itu. Mana taknya, hampir semua customer yang datang akan request untuk dapatkan menu viral tiktok. Itulah kuasa viral yang banyak membantu peniaga-peniaga kecil kita.

3. Seksyen 16

Nak makan makanan murah tapi tak terhad kepada satu jenis?
Haa, anda boleh cuba singgah di tapak perniagaan atau pasar di Seksyen 4 ini.

Baru-baru ni pun, kami dengar ada banyak gerai-gerai ala ala hipster mula dibuka di sana.
Makin meriah sekarang dengan pengunjung yang datang bersama keluarga, sahabat handai dan juga rakan sekerja.

Pasar malam ni terletak seberang dari Hotel Tenera tu ye. Kalau tengok dari tepi jalan pun dah boleh nampak khemah-khemah putih yang ada.

4. Sg Tangkas

Walaupun dengan hanya buka khemah tanpa bangunan gerai, kawasan perniagaan dekat area Sg Tangkas ni sentiasa jadi tumpuan tau. Kebanyakan yang datang adalah penduduk setempat, orang yang baru balik kerja dan juga ibu bapa yang jemput anak-anak pulang dari sekolah.

Variasi pilihan makanan dan makanan yang dijual dengan harga berpatutan dan menarik pasti lah ramai peminatnya. Itulah antara sebab mengapa kawasan perniagaan Sg Tangkas menjadi pilihan pembeli tempatan.

5. Food Truck PKNS Bangi

Street food ini terletak berhadapan Kompleks PKNS Bangi yang menempatkan perniagaan berasaskan foodtruck.
Kalau nak tahu, meja makan juga disediakan di sini, jadi boleh lah korang menjamu selera bersama keluarga sambil ditemani alunan nyanyian dari kumpulan band muzik.

Variasi makanan dekat sini pun tak mengecewakan. Semuanya ada tersedia dari makanan western, masakan panas termasuklah makanan korea.

Jadi apa tunggu lagi warga Bangi sekalian? Jom ramai-ramai kita serbu 5 lokasi street food Bangi ni untuk menikmati semua jenis makanan yang sedap dan menarik. Sambil sambil bantu peniaga-peniaga kecil ni, jangan lupa ye kongsikan juga video dan gambar-gambar menarik anda di sana di laman facebook kami.

Facebook: Bandar Baru Bangi Community

Anda juga mungkin meminati: Rare betul Tauhu Bergedil Ni!