Kalau korang nak tahu, selain makanan, Bangi ni juga dikenali sebagai syurga ataupun lubuk pakaian dan fesyen.
Korang cakap je nak pakaian jenis macam mana, jantina apa, semuanya ada. Dari seawal umur bayi sehingga lah kategori umur nenek kita di kampung.
So, memandangkan kita dah hampir ke bulan Ramadhan, selain usaha medapatkan puasa yang mabrur, ini lah masanya untuk anda mula mendapatkan pakaian untuk menyambut Aidilfitri kelak.
Kalau tanya admin, admin lagi suka cari waktu awal-awal macam ni supaya nanti boleh fokus dengan ibadah lagi-lagi bila menjelang 10 malam terakhir. Walaupun mungkin tak banyak sale yang ada, tapi yang best nya awal macam ni adalah korang tak perlu nak bersesak-sesak atau beratur dan berebut untuk dapatkan pakaian idaman korang.
Tapi tak ada salahnya juga kalau korang pilih untuk beli pada penghujung Ramadhan sebabtu waktu tu lah kedai-kedai butik ni mula adakan sale sale yang best. Cuma kena tahan lah dengan jem ataupun keadaan orang yang ramai.
Waktu-waktu macam ni lah Bangi ni mula sesak dengan orang ramai. Kita boleh nampak para suami dan bapa beratur luar kedai sambil tunggu si isteri belek-belek pakaian dekat dalam. Ada yang boleh buat member waktu tu sebab lama sangat tunggu si isteri hahaha.
Jadi, admin nak kongsikan 5 butik pakaian best di Bangi ni yang sentiasa jadi pilihan pengunjung. Jom kita tengok!
1. JannahNoe Bangi
Butik JannahNoe ini mempunyai ciri-ciri elegan dan eksklusif jika dilihat dari interior butik dan juga design setiap pakaiannya. Kebanyakan pakaian yang dihasilkan juga menggunakan warna-warna lembut seperti pastel. Admin yang masuk dalam butik ni pun terpaku dengan pakaian yang dipamerkan berserta decoration kedainya.
Walaupun produk utamanya memfokuskan kepada baju kurung, namun ada juga pilihan lain seperti tudung, pakain kasual, pakaian lelaki dan juga baju-baju comel untuk si cilik. Bukan saja menjelang raya, bukan musim perayaan pun kedai dipenuhi ramai peminat fesyen.
2. Bazaar@Seven
Kalau anda ke sini, anda akan dapat perhatikan pelbagai jenis kedai-kedai kecil di dalamnya dengan dipisahkan beberapa lot. Yang menariknya dekat sini, rekaan baju mereka tidak terhad kepada satu pereka. Boleh rambang mata kalau duduk lama-lama.
Bazaar@seven juga menyediakan pelbagai jenis pakaian seperti kebarung, baju kurung, kebaya, abaya, blouse dan sebagainya. Haa, kalau nak cari pakaian-pakaian untuk ke tempat kerja pun tak ada masalah tau.
3. Aisy Ashraf by Imam Muda Ashraf
Asyik cerita pasal baju wanita je kan, jom kita tengok pula pakaian-pakaian untuk hero keluarga ni.
Haa kalau nak cari pakaian menarik untuk para suami yang dah lama tunggu deppan butik sambil anda bershopping, boleh cuba datang ke butik Aisy Ashraf yang terletak di tingkat 3 kawasan Bangi Sentral.
Bukan baju melayu saja yang ada, kurta, kemeja, baju batik semuanya turut tersedia. Design yang ada pun menarik dengan kualiti yang meletop. Antara design yang dianggap sebagai ‘best seller’ adalah baju melayu luxamana dan juga kurta khan. Kalau nasib korang baik, korang boleh dapatkan juga free gift untuk setiap pembelian tapi ini berpandukan jumlah pembelian atau set yang korang pilih ye.
Jangan pula korang beli butang baju melayu, lepastu minta free gift sebab admin kata boleh dapat free gift. Hahaha naya naya.
Aisy Ashraf by Imam Muda Ashraf
012-548 8210
4. Siti Khadijah
Haa dah share pasal baju kurung, dah share pasal baju melayu untuk raya nanti tapi masih tak lengkap juga kan? Lepastu baru teringat telekung dah lusuh, sejadah pula dah terkoyak-koyak sedangkan itulah barangan penting sepanjang hidup.
So, admin nak kongsikan lagi satu butik best yang korang patut singgah dan beli iaitu butik Siti Khadijah.
Haa, ini yang admin excited sangat ni sebab barang-barang diorang memang besat sangat. Kain telekung semua lembut dan sejuk bila dipakai. Automatik boleh buat banyak solat sunat atau ibadah lain bila pakai telekung Siti Khadijah ni.
Eh, korang jangan salah faham pula tau. Bukan nak kata telekung lain tak best tapi telekung Siti Khadijah ni memang istimewa dari yang lain. Dah lah selalu buat sale, produk pun berkualiti, memang confirm jadi pilihan pembeli. Kalau malas nak pergi banyak butik pun tak ada masalah sebab butik Siti Khadijah ni dah ada baju kurung dan macam-macam lagi.
5. Hijanah Haul
Haa, butik ni baru je buka dekat kawasan Bangi Sentral ni. Okay, admin nak bagitahu awal-awal ye. Tudung-tudung yang tersedia dekat sini semuanya cantik cantik. Kalau admin boleh rambang mata, korang pun mesti sama.
Haa, owner butik ni dikenali ramai juga tau. Kalau korang kenal, pasangan suami isteri ni adalah one of the influencer terkenal Malaysia iaitu Aisyah Hijanah dan juga Alif Tegar.
Kalau korang mencari pakaian-pakaian muslimah dengan tudung labuh yang menutupi dada, ini lah tempat yang sesuai yang patut korang lawati.
Haa itu dia 5 butik pakaian best di Bangi yang patut korang datang. Dah nak raya ni, dah jumpa baju raya yang menarik hati?
Kalau belum, jom singgah sini. Jangan lupa juga join group kita di Facebook untuk lebih banyak info dan perkongsian menari.
Facebook: Bandar Baru Bangi Community
Anda juga mungkin meminati: Jom Makan Lunch Kat Cheqmeq Kitchen