TAK SABAR SABAR DAH NI!!!!
Karnival yang terbesar sempena tahun 2023 di Bangi Kita ni.
Jadi Mari semua warga Bangi kita serbu karnival ini dan memeriahkan lagi suasana Karnival Semarak Bangi 2023 Warisan Budaya.
Terdapat pelbagai jenis Kopi, Burger, Street Food, Fashion, Aktiviti dan Pelbagai lagi di karnival ini.
Jadi korang yang hantu-hantu kopi, makanan dan fashion tu apa lagi kasi serbu karnival Semarak Bangi.
TAHU KAH KORANG TERDAPAT
Pada 2 Disember 2023. Akan diadakan pertandingan Peragaan Pakaian Tradisional Kanak-Kanak.
Jadi parent-parent yang berminat serta anak-anak yang teringin boleh lah sertai pertandingan ini tau.
Terhad kepada anak-anak berusia 5 tahun sehingga 12 tahun sahaja. Tambahan pula tempat pertama akan dapat hadiah yang lumayan tu.
Ushh apa tunggu lagi masuk jangan tak masuk.
Seterusnya, pada malam 2 disember itu, iaitu malam kemuncak pula akan di adakan aktiviti julung kalinya di Bangi iaitu Konsert Dikir Barat Arjuna Sukma.
Jadi apa tunggu lagi korang yang suka Dikir Barat atau tak pernah melihat boleh lah join beramai-ramai untuk melihat keunikkan Konsert Dikir Barat Arjuna Sukma.
jualan penghabisan stok serendah RM 1
Karnival Semarak Bangi ini dimeriahkan lagi dengan seorang individu yang terkenal iaitu Aril Pilus dengan Kopi & Cinta Coffee & Eatery beliau.
Jangan lupa bagi adik adik yang nak asah bakat dalam seni alunan azan dan iqamat turut akan diadakan pertandingan azan dan iqamat pada 3 Disember hari last dah.
Banyak betul aktiviti menarik kan!